Wednesday, June 22, 2011

SI DIA YANG BERNAMA ... ........ ......

FUUHH!! setiap kali aku memikirkan si dia..aku..hmm..jadi tak menentu..dia bagaikan satu fantasi di dalam alam realiti..aku asyik memikirkan dia..aku menafikan aku menyintai dia tapi di dalam lubuk hatiku hanya dia saja yang aku fikirkan..aku malu untuk bertegur dengannya..aku mengenalinya pun pada laman sosial ********..dia yang pertama menegurku..waktu itu aku terasa sungguh seronok..baru kali pertama seorang perempuan menegurku..aku ini seorang jenis yang agak pemalu bila berhadapan dengan seorang wanita..ungkapan pertamanya "macam kenal?" aku akan ingat ungkapan itu sampai bila-bila..aku mula mengenalinya lebih dalam lagi..aku tahu warna kegemarannya,aku tahu kuih raya yang dia suka,aku tahu dia amat sayang akan adiknya..dia tak pernah renggang dengan adiknya..dia selalu memberitahu ku betapa dia rindu kan adiknya yang kini sedang menyambung pelajaran..aku gembira dia ingin berkawan denganku..lama kelamaan perasaan itu bertukar menjadi rindu dan kemudiannya hadirnya cinta..aku ingin memberitahu perasaanku kepadanya,tetapi aku tidak mempunyai kekuatan untuk melakukannnya..orang lelaki katanya kuat untuk lakukan apa sahaja,tetapi pabila soal cinta,lelaki hanya sebesar semut merah sahaja..aku sangat cemburu pabila melihat dia berkawan dengan lelaki lain..sekarang,sudah ramai yang mengenalinya..aku semakin takut,kalau-kalau ada lelaki yang hendak merebutnya juga..aku tahu,aku masih lagi di alam persekolahan..orang ramai memberitahuku bahawa cinta di sekolah hanya cinta monyet semata-mata..tidak akan membawa ke jinjang pelamin pun..itu kita tidak tahu bahawa jodoh pertemuan semua di tangan Tuhan yang Maha Esa..sekarang ibu bapa aku menyuruhku untuk belajar dulu..ibu bapa dia pun menyuruh perkara yang sama..kawan-kawanku selalu menyokongku untuk memberitahu dia perkara yang sebenar,tetapi aku banyak menghampakan mereka.."wei,kalau kau tak nak begitahu dia yang kau sukakan dia,kau akan melepas nanti..aku rasa sia pun mula sukakan kau.." kata seorang rakanku..aku pernah bertanya dengan dia,"awak tak nak ke couple2 buat masa sekarang ini?" dia menjawab "saya rasa lebih baik saya fikirkan benda itu lepas saya habis periksa awak." aku terima jawapan itu dan sentiasa menyokong dia atas apa perkara yang dia lakukan..

sekarang,dia makin lama semakin jauh dengan diriku..aku rasa semakin lama semakin dilupakan..walau apapun yang terjadi,hatiku masih tetap dihatinya..hanya dia sahajalah yang boleh bertakhta dihatiku..aku cintai dia..sangat cinta..sangat..

p/s:kalau kamu semua nak tahu siapa dia,kira dot kat tajuk..nanti kamu semua akan tahu..

No comments:

Post a Comment